Sabtu, 12 Februari 2011

Spongebob Squarepants, kartun kegemaranku


Sejak saya dilahirkan, kartun lucu ini juga dilahirkan. Kartun ini juga disukai oleh ramai kanak-kanak dan orang dewasa juga. Kartun ini adalah cerita tentang sebuah spons yang tinggal di Bikini Bottom yang bernama Spongebob Squarepants. Beliau tinggal di sebuah nanas. Beliau mempunyai seorang kawan akrab yang bernama Patrick Star. Kamu jelas akan tahu apa bentuknya daripada namanya. Dia berbentuk Tapak Sulaiman. Patrick tinggal di bawah sebuah batu. Mereka berdua mempunyai seorang jiran yang bernama Squidward Tentacles. Squidward, seekor sotong, berfikir bahawa Spongebob dan Patrick sangat menggangguinya. Dengan kawan-kawan lain, Spongebob akan menghidup kehidupan yang lucu,mesra dan bermoral. Kartun ini sangat lucu kerana ia ada banyak bahagian yang lucu dan boleh diingati.

1 ulasan:

  1. Wah, Muneera pun suka spongebob? Cikgu tidak pernah faham mengapa dia perlu pakai seluar? Haha! Lagi-lagi, kawannya si Patrick yang tidak faham bahasa betul. Kadang kala boleh buat orang marah dengannya. Hahaha!

    BalasPadam