Rabu, 31 Ogos 2011

Ucapan Selamat Hari Guru



Hari Guru adalah hari yang mesra buat semua guru, jika murid-murid mereka tidak mengganggu atau membuat mereka marah. Pada hari ini, meja seorang guru yang baik hati akan penuh dengan hadiah-hadiah daripada murid-muridnya yang sayang kepadanya. Hadiah-hadiah ini akan dibungkus dalam kertas pembungkusan yang berwarna-warni. Walaupun ia berasa sangat baik untuk mendapat hadiah, ramai guru mahu satu hadiah yang besar buat mereka- untuk melihat murid-murid mereka meluluskan peperiksaan-peperiksaan mereka.


Dengan itu, saya mahu mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah membantu saya untuk cemerlang dalam pelajaran saya. Saya janji saya akan memberikan hadiah besar yang kamu inginkan sekali.

Ucapan Selamat Hari Raya





Hari Raya adalah hari yang penuh dengan kegembiraan selepas berpuasa bagi seluruh bulan Ramadan. Hari ini bukan sahaja hari untuk mengumpul duit, tetapi hari untuk meraikan selepas berpuasa. Pada hari ini, Kita diajar oleh ibu bapa kita semasa kecil untuk meminta maaf kepada ibu bapa kita. Bukan sahaja kepada ibu bapa kita, tetapi kepada nenek dan datuk kita, pak cik dan mak cik kita dan ramai lagi.




Pada Hari Raya ini, saya mahu membuat ucapan buat semua teman saya. Saya mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua teman saya. Saya harap semua teman saya dapat meluluskan peperiksaan PSLE mereka dan bersekolah di sekolah menengah yang mereka ingin.

Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan dan ucapan untuk Lisan PSLE

Peperiksaan PSLE sangat penting kepada semua pelajar darjah 6. Peperiksaan ini adalah seperti sebuah pasport ke sekolah menengah. Peperiksaan ini juga akan menentukan sekolah menengah yang kita akan pergi. Jadi, untuk mendapt tempat did dalam sekolah menengah yang kita inginkan, kita harus belajar bersungguh-sungguh dan mendengar nasihat-nasihat ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan sekalian.

Untuk peperiksaan Lisan ini, saya telah membuat banyak persiapan untuk meluluskan peperiksaan ini. Contoh-contoh persiapan ini adalah:-


1) Saya menulis nota-nota yang mengandungi formula-formula dan banyak lagi yang diajar oleh guru-guru saya.


2) Saya mengulang kaji pelajaran untuk beberapa jam setiap hari.


3) Saya menguruskan masa saya.


Inilah cara-cara yang saya menggunakan untuk bersedia menghadapi peperiksaan saya. Saya berharap kawan-kawan saya akan bermanfaat jika mereka menggunakan cara-cara ini.


Saya mahu mengucapkan kepada kawan-kawan saya selamat bernasib baik apabila menghadapi peperiksaan mereka. Belajarlah sekarang dan kamu akan menikmati kehidupan pada masa depan.

Selasa, 19 Julai 2011

Faedah menulis blog

Menulis blog memang seronok, tetapi terdapat banyak faedahnya. Tiga contoh faedah menulis blog adalah:-

1) Menulis blog dapat membantu kita untuk memahami lebih tentang kegunaan komputer.

2) Menulis blog dapat membantu kita untuk berinteraksi dengan orang-orang daripada sebuah negara kecil hingga ke seluruh dunia.

3) Menulis blog dalam Bahasa Melayu dapat membantu kita memperbaiki dalam Bahasa Melayu.


Inilah faedah-faedah yang telah memanfaat saya semasa saya menulis blog. Saya harap semua kawan-kawan saya boleh dimanfaati oleh faedah-faedah tersebut.

Selasa, 5 Julai 2011

Katak di bawah tempurung




Pada masa dahulu, terdapat seorang budak perempuan yang bernama Sheila. Dia ialah anak kepada seorang petani. Wajahnya cantik dan comel. Walaupun dia datang dari keluarga yang miskin, dia tetap bersyukur kepada apa yang dia memiliki.


Pada suatu hari, ayah Sheila memerintahnya untuk memetik beberapa buah strawberi di hutan yang berdekatan dengan rumahnya. Sheila pun mematuhinya lalu mengambil sebuah bakul yang diggunakan untuk meletak buah-buah strawberi tersebut. Dia pun menuju ke hutan.

Apabila di hutan, Sheila mula mencari buah strawberi. Dia pun berjumpa buah tersebut di atas sebatang pokok yang rendah. Dia pun memetik buah-buah itu. Tiba-tiba, Sheila ternampak seekor katak yang berwarna hijau. Dia jijik melihat katak itu lalu menjauhinya. Katak itu pun tahu perasaannya.

"Tolong saya. Saya sebenarnya seorang putera yang diubah menjadi seekor katak oleh seorang sihir. Kamu harus mencium saya, itu sahaja! Saya akan mengahwini dengan kamu jika kamu berbuat begitu!" kata katak itu.

Walaupun Sheila seorang yang baik, dia juga seorang yang tamak. Dia selalu bercita-cita untuk mengahwini seorang putera yang kacak dan kaya. Dia pun menjawab kepada katak itu.


"Baiklah, saya akan mencium kamu. Mari sini," kata Sheila lalu membuka tapak tangannya untuk mengangkat katak tersebut.

"Hah? Betul? Kalau begitu, kamu harus mencium saya tetapi dengan satu syarat. Kamu harus menutup matamu dengan sehelai kain dan boleh membukanya apabila kami sudah kahwin," kata katak itu.

Sheila tidak rasa curiga dengan syarat katak tersebut. Dia cuma mahu mengahwini katak itu apabila ia menjadi seorang putera. Dia pun mengambil sehelai kain dan menutup matanya menggunakan kain tersebut. Dia pun mencium katak itu. Katak itu pun berubah menjadi manusia lelaki.

Apabila Sheila dan lelaki itu sudah kahwin, mereka menuju ke rumah lelaki itu. Sheila pun menanggalkan penutup matanya lalu melihat suaminya. Dia mendapat kejutan yang sangat besar.


Suaminya bukan seorang putera. Dia seorang pengemis miskin!

Selasa, 28 Jun 2011

Cuti Sekolah (Jun)


Saya rasa saya telah meluangkan masa cuti sekolah saya dengan betul dan menikmatinya. Saya telah ke beberapa tempat pada cuti sekolah Jun ini. Pada awal cuti sekolah ini, saya ke Batam bersama ibu saya dan kawan-kawannya untuk membeli-belah. Kami menginap di sebuah hotel bernama 'Planet Holiday' untuk 1 malam. Selepas percutian itu, saya mengikut ibu saya dan adik-beradiknya ke 'Jurong Swimming Complex' untuk berenang di situ. Pada hari yang seterusnya, saya dan keluarga saya berjalan-jalan di pusat membeli-belah. Pada Hari Ayah, saya ke rumah nenek saya untuk bertemu dengan saudara saya yang telah pergi ke Umrah. Dia membawa pulang beberapa hadiah dari tempat-tempat yang dia telah melawati. Kemudian, pupu-pupu saya dan saya menginap di situ untuk 1 malam. Setelah semua itu dilakukan, saya meluangkan baki masa cuti sekolah saya dengan mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah.




Saya telah menikmati kebebasan saya bila cuti sekolah dan sekarang saya harus memberi perhatian kepada pelajaran saya.

Selasa, 17 Mei 2011

Refleksi tentang gempa bumi Jepun



Besar juga ya kuasa Tuhan. Buktinya? Gempa bumi Jepun yang sangat teruk, kini menjadi lebih teruk. Ramai penduduk negara Jepun mati akibat gempa bumi tersebut. Gempa bumi ini berlaku pada hari Jumaat, 11 Mac 2011 pada pukul 2 petang. Ukuran gempa bumi tersebut adalah 8.9 'magnitude'. Selepas gempa bumi itu terdapat sebuah Tsunami! Kasihan penduduk-penduduk Jepun itu. Selepas menghadapi gempa bumi, mereka harus menghadapi Tsumani. Tsunami yang berukur 10 meter itu telah menyapu beberapa kenderaan dan manusia. Kanak-kanak kecil yang mempunyai ibu bapa, kini menjadi anak yatim atau anak yatim piatu. Ini menjadi saya berasa lebih sedih.


Sekarang, pertubuhan amal 'The Red Cross' sedang menghantar bekalan makanan, pakaian dan beberapa orang untuk menolong penduduk-penduduk Jepun. Sekarang, kita hanya boleh berdoa agar penduduk-penuduk tersebut selamat.

Selasa, 26 April 2011

Peristiwa yang tidak boleh dilupai


Peristiwa ini berlaku tiga bulan yang lalu. Ia berlaku pada Tahun Baru Cina. Pada masa itu, saya dan keluarga saya bercadang untuk bermakan malam di luar. Kami pun bersiap-siap turun ke perhentian bas. Semasa menunggu untuk bas, kami terdengar bunyi sesuatu meletup. Kami terkejut lalu memandang ke atas. Tiba-tiba, sebiji bom kecil jatuh dari sebuah tingkap di tingkat 8. Bom tersebut jatuh di sebelah bapa saya tetapi bapa saya tidak cedera. Malah, bapa saya menjadi marah lalu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon polis. Selepas 15 minit, kereta ronda polis datang lalu memeriksa bom tersebut. Mereka pun menaiki lif ke tingkat 8 untuk menangkap orang yang membuang bom tersebut. Dari peristiwa itu, saya belajar bahawa kita harus berhati-hati apabila bermain dengan benda-benda yang bahaya.

Isnin, 21 Mac 2011

Aktiviti-aktiviti cuti sekolah saya.



Pada cuti sekolah saya, saya membuat banyak benda yang menyeronokkan. Saya bermain permainan XBOX 360 KINECT saya, menonton televisyen dan banyak lagi. Ya, kalau cuti sekolah datang, mestilah banyak benda yang menyeronokkan akan dilakukan. Abang-abang saya juga bermain XBOX 360 KINECT bersama saya. Pada cuti sekolah saya, saya pergi ke 'chalet' untuk menyambut hari lahir sepupu saya. Kita bermain pelbagai jenis mainan yang seronok seperti 'musical chairs', 'splat', 'captain's ball', 'dodgeball' dan banyak lagi. Pada malam hari itu, saya dengan saudara-mara saya memakan makanan-makanan barbeku yang sedap dan akan membuat kamu menjilat jari.

Terdapat suatu hari dalam cuti sekolah saya yang kita,saya dan keluarga saya, membawa abang saya, Abang Afiq, ke sebuah restoran untuk bermakan malam. Nama restoran itu adalah Botak Jones dan makanannya sungguh enak.

Saya rasa bahawa cuti sekolah di Singapura mencukupi tetapi saya rasa bahawa kita harus memberi idea untuk membina beberapa lagi tempat-tempat kanak-kanak untuk bermain.

Selasa, 15 Februari 2011

Saya Berminat...

Saya berminat membaca. Saya suka membaca buku-buku yang beraksi dan yang lucu. Inilah sebabnya saya suka membaca buku-buku yang ditulis oleh Roald Dahl. Roald Dahl telah menulis banyak novel untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Untuk kanak-kanak, dia telah menulis buku-buku...
1) James and the Giant Peach
2) George's Marvellous Medicine
3) Matilda (Buku pertama yang saya membaca daripada penulis hebat ini)
4) The Giraffe and The Pelly and Me.

Untuk orang dewasa, dia telah menulis buku-buku...

1) Rhyme Stew
2) Skin and other stories
3)The Wonderful Story of Henry Sugar and six more.

Roald Dahl seorang Norwegian. Walaupun dia dilahirkan di England, bapanya seorang Norwegian. Di situlah Roald Dahl telah mewarisi kebangsaan Norwegiannya.

Sabtu, 12 Februari 2011

Spongebob Squarepants, kartun kegemaranku


Sejak saya dilahirkan, kartun lucu ini juga dilahirkan. Kartun ini juga disukai oleh ramai kanak-kanak dan orang dewasa juga. Kartun ini adalah cerita tentang sebuah spons yang tinggal di Bikini Bottom yang bernama Spongebob Squarepants. Beliau tinggal di sebuah nanas. Beliau mempunyai seorang kawan akrab yang bernama Patrick Star. Kamu jelas akan tahu apa bentuknya daripada namanya. Dia berbentuk Tapak Sulaiman. Patrick tinggal di bawah sebuah batu. Mereka berdua mempunyai seorang jiran yang bernama Squidward Tentacles. Squidward, seekor sotong, berfikir bahawa Spongebob dan Patrick sangat menggangguinya. Dengan kawan-kawan lain, Spongebob akan menghidup kehidupan yang lucu,mesra dan bermoral. Kartun ini sangat lucu kerana ia ada banyak bahagian yang lucu dan boleh diingati.

Ahad, 23 Januari 2011

Persiapan saya untuk Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah


Saya berasa ghairah dan tidak sabar untuk menghadapi peperiksaan yang sangat penting ini. Peperiksaan ini akan memutuskan masa depan saya dan saya harus kerja keras untuk mendapat agregat yang tinggi supaya saya boleh mendapat masa depan yang bermanfaat. Untuk mencapai agregat yang tinggi, saya harus mempunyai cara-cara yang bermanfaat dan terbaik untuk saya. Cara-cara ini adalah seperti:


1) Selepas sekolah, ulangkaji apa yang diajar oleh guru kamu pada hari itu.


2) Jika tidak tahu sesuatu, haruslah ditanya guru.


3) Mengambil nasihat-nasihat yang bermanfaat daripada ibu bapa, guru-guru dan juga daripada kawan-kawan.


Dengan cara-cara ini, saya pasti saya akan mencapai agregat yang saya mahu.Kita juga harus mengerjakan apa yang guru mahu kita melakukan. Ingat, semua orang diberi 24 jam untuk mengerjakan kerja!

Rabu, 12 Januari 2011

Saya!!!!!!!












Nama saya Nur Muneera Bte Mohd Hussain. Saya seorang ulat buku. Saya suka dan syok apabila membaca buku-buku yang ditulis oleh seorang penulis yang bernama Roald Dahl. Dia telah menulis beberapa buku-buku cerita yang menarik seperti 'The Magic Finger', 'The BFG', 'George's Marvellous Medicine' dan banyak lagi.
Selain seorang ulat buku, saya seorang yang suka bersenam. Saya suka bermain kasut roda dan basikal. Saya juga seorang yang SUKA SPONGEBOB SQUAREPANTS!!!!!! Saya selalu menonton kartun itu dan ia sangat jarang yang saya tidak menontonya.

Saya Darjah 6. Tahun ini saya akan menghadapi peperiksaan PSLE. Saya mahu agregat lebih dari 200. Insya Allah, saya boleh mencapai agregat ini untuk ibu bapa saya.