Ahad, 24 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan


Saya berasa gugup kerana masa untuk peperiksaan sudah tiba. Bagaimana saya bersiap untuk peperiksaan, kamu bertanya? Inilah cara-cara yang saya menggunakan untuk bersiap untuk peperiksaan tersebut:


1) Saya mengulangkaji dengan menggunakan fail-fail yang diberikan oleh guru-guru saya.

2) Saya membaca buku-buku Bahasa Inggeris dan Melayu untuk memperbaiki bahasa saya.

3) Saya menulis nota-nota yang diberikan oleh guru-guru saya dan mengulangkajinya dan banyak lagi.

Selain begitu, saya juga mendengar nasihat-nasihat yang diberi oleh guru-guru dan juga daripada ibu bapa saya. Ini boleh menolong saya untuk berfikiran positif dan tidak berputus asa.

Kita juga harus mencontohi peribahasa iaitu 'memerah otak' untuk menghadapi peperiksaan.