Khamis, 23 September 2010

Sajak saya

Ada yang berkata
engkaulah yang mengandungi air yang bermakna
yang membasahi daun-daun kita
adakah kamu begitu, hujan?

Ada yang berkata
engkau turun ketika manusia mengharapkan kehadiranmu
membawa erti di dalam hidup manusia
adakah engkau begitu, hujan?

Aku ingin merasa airmu yang amanah
apatah daya aku jika kamu tiada
aku hanya lembik sahaja
engkaulah yang menghibur hidup saya
engkaulah inspirasi.

Rabu, 15 September 2010

Hujan air batu

Saya sedang membeli bahan-bahan untuk masakan ibu saya pada hari Sabtu yang lalu. Setelah membeli bahan-bahan tersebut, saya pulang ke rumah. Dalam perjalanan ke rumah, saya ternampak sesuatu jatuh dari langit. Saya pun jalan ke arah benda tersebut. Saya mengutipnya lalu terasa kesejukan dari benda itu. Saya pun tahu yang benda itu adalah seketul air batu. Saya mendongak lalu ternampak beberapa ketul air batu yang sedang jatuh dari langit. Saya pun mula berlari. Ketika berlari, seketul air batu jatuh di atas kepala saya. Kepala saya mula berdarah. Beberapa saat kemudian, saya terpengsan. Beberapa jam kemudian, saya ternampak yang saya di dalam sebuah bilik di dalam hospital. Kepala saya telah dijahit dan dibalut. Doktor memberitahu yang saya telah diselamat oleh seorang pelintas. Saya pun berasa lega.