Isnin, 2 Ogos 2010
Pencapaian dan harapan saya
Saya sudah mencapai banyak capaian selama ini. Salah satu dari pencapaian-penacapaian saya selama ini adalah apabila saya masih Darjah 3. Pencapaian saya pada masa ini adalah apabila saya mencapai kedudukan nombor 1 di dalam kelas saya. Dengan pencapaian ini, saya menjadi seorang ketua kelas. Tetapi kini ia susah untuk mendapat kedudukan nombor 1. Saya sekarang juga ada cita-cita sendiri. Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang guru atau seorang peguam. Jika saya boleh menjadi seorang guru, saya akan berusaha lagi untuk menjadi seorang peguam jika boleh. Kalau saya tidak boleh menjadi seorang peguam, saya akan menjadi seorang guru. Saya hendak menjadi seorang guru kerana saya hendak mengajar dan mendidik murid-murid saya. Saya juga hendak menjadi seorang peguam kerana saya hendak menolong orang untuk memnerima hak milik mereka. Tetapi apa-apa pun, kita mesti berusaha seperti peribahasa 'sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain'.
Langgan:
Ulasan (Atom)