Jumaat, 30 Julai 2010
Peraduan-peraduan yang menggunakan Bahasa Melayu
Terdapat banyak peraduan yang menggunakan Bahasa Melayu. Peraduan-peraduan seperti ini adalah 'Sahiba','Piramida' dan banyak lagi.Peraduan-peraduan ini baik dan boleh membantu kita dalam Bahasa Melayu kita.Pada pendapat saya, kita harus mengadakan acara-acara seperti untuk menarikkan perhatian murid-murid seperti kita untuk memperbaiki Bahasa Melayu kita.
Isnin, 26 Julai 2010
Kuiz Bahasa Melayu di dalam bilik darjah
Kuiz Bahasa Melayu adalah satu acara yang boleh menghiburkan kita. Ia juga bagus untuk Bahasa Melayu kita. Dengan acara ini, kita boleh belajar banyak poerkataan-perkataan yang baru. Kita boleh juga teka makna perkataan tersebut. Kita juga boleh belajar lebih dari satu makna tenatang sesuatu perkataan. Pada pendapat saya, kita harus mengadakan acara seperti ini untuk memperbaiki Bahasa Melayu kita.
Aktiviti 'Bawa & Berborak'
Aktiviti 'Bawa & Berborak' adalah aktiviti yang menarik sekali. Apa yang harus kita buat adalah kita membawa ke sekolah barang-barang kami yang kita paling suka. Kita hanya boleh membawa satu benda sahaja kerana jika kita membawa lebih dari satu benda, kita akan membuat teman-teman sekelas kami bosan. Dengan benda ini, kita akan berborak tentang benda itu. Kita bolek berborak tentang nama benda itu, mengapa kamu menyukai benda itu dan lain lagi. Pada pendapat saya, kita harus mengadakan acara ini sekali sebulan.
Perkhemahan Bahasa
'Perkhemahan Bahasa' ini sungguh menarik dan juga baik untuk hiburan kita. Di dalam acara ini, kita bermain bantyak permainan-permainan tradisional seperti gasing, lima batu dan banyak lagi. Acara ini adalah untuk kita belajar tentang pelbagai jenis permainan-permainan tradisional. Dengan acara ini, kita dapat mengetahui bagaimana ibu bapa kita bermain bila mereka masih kecil. Sekarang, dengan permainan-permainan moden seperti alat permainan PSP, permainan komputer dan lain lagi, kita tidak dapat kesempatan untuk bermain permainan-permainan tradisional. Pada pendapat saya, setiap sekolah di Singapura boleh mengadakan acara seperti ini.
Bengkel Penulisan Kreatif
Bengkel Penulisan Kreatif ini bagus untuk Bahasa Melayu kita. Di dalam peristiwa ini, kita mempelajari bagaimana hendak menulis karangan yang baik dan lengkap. Kita juga belajar perkataan-perkataan baharu. Guru-di-charge, Cikgu Sabariah, telah membuat peristiwa tersebut menarik dan hibur. Pada pendapat saya, kita harus membuat aktiviti seperti ini untuk memperbaiki bahasa melayu kita.
Pertandingan Blogging (Satu ruangan untuk mempertingkatkan Bahasa Melayu kita)
Pertandingan Blogging ini sungguh seronok. Walaupun ia membuat seorang mengugup, pertandingan ini bagus untuk Bahasa Melayu kita. Dengan pertandingan ini, kita boleh belajar perkataan-perkataan yang baharu dan juga boleh mengajar kita bagaimana hendak menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Pada pendapat saya, pertandingan ini juga bagus untuk hiburan kita. Jika kita ada kesempatan seperti ini, saya hendak masuk ke dalam pertandingan ini sekali lagi!
Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam
Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam sungguh seronok. Di sana, saya melawat beberapa tempat yang menarik. Tempat-tempat ini adalah seperti 'Royal Regallia', 'Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah' dan 'Kilang Sagu'. Di ' Royal Regallia', kami membelajar tentang benda-benda yang dimiliki oleh Sultan mereka, Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Di 'Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah', kami membelajar yang semua barang-barang di situ dibuat dari emas. Di 'Kilang Sagu', kita membelajar bagaimana mereka menggunakan tepung sagu untuk membuat biskut-biskut yang sedap sekali. Mereka juga mengajar kita bagaimana hendak goreng ulat. Saya betul-betul suka temapat itu. Jika saya ada kesempatan seperti ini lagi, saya akan kesempatan tersebut untuk pergi ke Brunei sekali lagi!
Selasa, 20 Julai 2010
Hari Keharmonian Kaum
Hari Keharmonian Kaum jatuh kepada 21 Julai 1964. Hari ini menyambut beberapa rusuhan yang telah terjadi di Singapura. Satu kejadian yang menyebabkan rusuhan-rusuhan ini adalah Rusuhan Maria Hertogh. Sementara Perang Dunia sedang berjalan, ibu Maria menghantarnya kepada kawan ibumya yang bernama Aminah untuk dijagakan. Aminah pun mengambilnya dan menaikkannya sebagai seorang Muslim. Apabila Perang Dunia telah selesai, ibu Maria mencari Maria. Duia hendak mengambil Maria daripada Aminah. Aminah pula tidak setuju. Sebagai hasilnya, rusuhannya pula menimbul. Pada pendapat saya, kita mesti menghormati kaum-kaum lain dan berkawan dengan mereka, walaupun mereka berkaum lain.
Rabu, 14 Julai 2010
Permainan-permainan yang menggunakan Bahasa Melayu
Satu permainan yang menggunakan Bahasa Melayu adalah permainan "Piramida". Permainan "Piramida" ini mengandungi dua orang. Salah satu daripada dua orang tersebut akan menerangkan tentang sesuatu yang di hadapannya. Yang lagi satu akan meneka benda itu dengan betul di dalam Bahasa Melayu. Pada pendapat saya, permainan ini boleh mengelokkan kita dalam Bahasa Melayu. Kita juga belajar dalam permainan ini, bukan sahaja untuk hiburan kita.
Khamis, 1 Julai 2010
Aktiviti-aktiviti yang menggunakan Bahasa Melayu
Terdapat banyak aktiviti yang menggunakan Bahasa Melayu. Salah satu daripada aktiviti-aktiviti ini adalah permainan "Sahibba". Permainan "Sahibba" ini menggunakan Bahasa Melayu, jadi kita mesti membuat perkataan Melayu untuk menang dalam permainan tersebut. Permainan ini juga membantu kita untuk belajar lebih banyak perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Pada pendapat saya, kita harus main permainan bukan sahaja untuk hiburan kita, tetapi untuk memperbaiki Bahasa Melayu kita.
Langgan:
Catatan (Atom)